Thursday, October 27, 2011

FaRRiD MieZa PaRt 5



'conversation tersebut tidak di teruskan lagi kerana terpaksa keluar daripada CC.....aku terus menunggu sekiranya lelaki yang dikenali dengan farrid itu menghantar SMS tetapi tak ada....

hampa........

sehingga lah suatu hari, telefon berbunyi.....

bersambung....................'

ada panggilan daripada farrid...perasaan masa nie, tuhan sahaja yang tahu, gembira tak terkata..kami hanya berbual kosong, perkara ini berlarutan sehingga hampir setiap malam, farrid akan telefon aku pada jam 11malam..aku sekadar menunggu farrid yang memulakan untuk telefon atau sms aku...teringat usikan kawanku bahawa aku akan berkahwin pada 11.11.11 jam 11pagi..sweet jer =)

pada satu hari aku gelisah sebab farrid tidak memberi satu sms pon padaku, lalu aku pon memulakan langkah untuk memberi sms kepadanya sekadar sms suka-suka...aku ingat lagi sms tue ialah sms ulat bulu, hahaha dia membalas dengan sms suka-suka yang lain...

lepas tue, kami terus berhubung sekadar di telefon, ym dan friendster sebab bila aku berada di Terengganu, aku jarang pulang ke Melaka melainkan cuti semester, barulah aku balik ke Melaka. kalau tidak aku akan habiskan masa di Terengganu. kalau aku di Terengganu, kami memang tidak berkesempatan lah nak berjumpa.. =|

07/03/2008

pertama kali, aku pulang ke Melaka bersama kawan-kawanku pada hujung minggu sebab bercadang nak mencari baju dinner fakulti kami bertemakan iceblue...Kesempatan itu, saje menyinggah ke SDO(tempat praktikal ku) jumpa kakak-kakak ofis...sempat jugak aku 'buzz' ym farrid guna ym kak atiey tapi tidak berbalas. mungkin dia sedang sibuk.

penat bergelak, bercerita dengan kakak-kakak ofis praktikal, kami minta undur diri untuk ke Tesco, Melaka mencari baju dinner kami....tiba-tiba sms berbunyi dan farrid mahu berjumpa denganku di Tesco.

'eh, mana dia tau, aku ada kat Tesco' kata hati kecilku.

sms, tanya location, kami (aku dan farrid) berjumpa di Depan Kenny Rogers, sekejap je dah sampai..masa sms pon jantung dah berdegup-degup kencang nak jumpa dia...tapi nasib baik kawan-kawan aku ada..boleh cover lagi =) sepanjang kami ber'sms' tnya location, aku ingat farrid naik kereta sebab dia boleh reply sms secepatnya, tak sangka dia datang tesco naik moto...sanggup naik moto daripada ayer keroh sampai ke peringgit =P rupa-rupanya kak atiey bgth farrid aku akan ke tesco, kak atiey nie...semua nk bgth taw....

kawan-kawanku memberi ruang kepadaku dan farrid untuk berjalan berdua sambil berborak..inilah pertama kali aku bercakap dengan farrid, selama ni bercakap melalui telefon jer..lain kan...telefon bukan nampak muka pon, ni nampak muka...maaluuu~~

kami berjumpa sekejap jer sebab aku minta izin nak bersama kawan-kawanku dan farrid meminta agar dapat berjumpa denganku lagi selepas ini..aku hanya memberi sekuntum senyuman kepadanya yang aku tak tahu maksudnya samada akan setuju atau tidak.

bersambung........... 

No comments:

Post a Comment