Thursday, October 27, 2011

FaRRiD MieZa PaRt 5



'conversation tersebut tidak di teruskan lagi kerana terpaksa keluar daripada CC.....aku terus menunggu sekiranya lelaki yang dikenali dengan farrid itu menghantar SMS tetapi tak ada....

hampa........

sehingga lah suatu hari, telefon berbunyi.....

bersambung....................'

ada panggilan daripada farrid...perasaan masa nie, tuhan sahaja yang tahu, gembira tak terkata..kami hanya berbual kosong, perkara ini berlarutan sehingga hampir setiap malam, farrid akan telefon aku pada jam 11malam..aku sekadar menunggu farrid yang memulakan untuk telefon atau sms aku...teringat usikan kawanku bahawa aku akan berkahwin pada 11.11.11 jam 11pagi..sweet jer =)

pada satu hari aku gelisah sebab farrid tidak memberi satu sms pon padaku, lalu aku pon memulakan langkah untuk memberi sms kepadanya sekadar sms suka-suka...aku ingat lagi sms tue ialah sms ulat bulu, hahaha dia membalas dengan sms suka-suka yang lain...

lepas tue, kami terus berhubung sekadar di telefon, ym dan friendster sebab bila aku berada di Terengganu, aku jarang pulang ke Melaka melainkan cuti semester, barulah aku balik ke Melaka. kalau tidak aku akan habiskan masa di Terengganu. kalau aku di Terengganu, kami memang tidak berkesempatan lah nak berjumpa.. =|

07/03/2008

pertama kali, aku pulang ke Melaka bersama kawan-kawanku pada hujung minggu sebab bercadang nak mencari baju dinner fakulti kami bertemakan iceblue...Kesempatan itu, saje menyinggah ke SDO(tempat praktikal ku) jumpa kakak-kakak ofis...sempat jugak aku 'buzz' ym farrid guna ym kak atiey tapi tidak berbalas. mungkin dia sedang sibuk.

penat bergelak, bercerita dengan kakak-kakak ofis praktikal, kami minta undur diri untuk ke Tesco, Melaka mencari baju dinner kami....tiba-tiba sms berbunyi dan farrid mahu berjumpa denganku di Tesco.

'eh, mana dia tau, aku ada kat Tesco' kata hati kecilku.

sms, tanya location, kami (aku dan farrid) berjumpa di Depan Kenny Rogers, sekejap je dah sampai..masa sms pon jantung dah berdegup-degup kencang nak jumpa dia...tapi nasib baik kawan-kawan aku ada..boleh cover lagi =) sepanjang kami ber'sms' tnya location, aku ingat farrid naik kereta sebab dia boleh reply sms secepatnya, tak sangka dia datang tesco naik moto...sanggup naik moto daripada ayer keroh sampai ke peringgit =P rupa-rupanya kak atiey bgth farrid aku akan ke tesco, kak atiey nie...semua nk bgth taw....

kawan-kawanku memberi ruang kepadaku dan farrid untuk berjalan berdua sambil berborak..inilah pertama kali aku bercakap dengan farrid, selama ni bercakap melalui telefon jer..lain kan...telefon bukan nampak muka pon, ni nampak muka...maaluuu~~

kami berjumpa sekejap jer sebab aku minta izin nak bersama kawan-kawanku dan farrid meminta agar dapat berjumpa denganku lagi selepas ini..aku hanya memberi sekuntum senyuman kepadanya yang aku tak tahu maksudnya samada akan setuju atau tidak.

bersambung........... 

Wednesday, October 12, 2011

FaRRid MieZa PaRt 4


Sebutan episod lepas,

"aku hanya ignore SMS tersebut dan seperti biasa setiap malam, aku akan padam segala SMS dan Call Log dalam handphone, maklumlah dulu kan guna hp 'sabun' tu, capacity nak simpan banyak2 tak boleh. Maka secara rasmi nya, aku dah padam nombor phone dan SMS AwalMuharram tadi.

Keesokan harinya,

Di Pekan Dungun,

"Kaklang, nombor semalam kol kakngah, suara dia macam tak kenal jer, macam bukan orang terengganu"
"Ye ke? biar je lah"

Bersambung.........."

lama-kelamaan tiada nombor misteri lagi yang menggangguku, aku teruskan perjalanan seperti sediakala, walaupon aku sudah tamat latihan praktikal di SDO, aku masih lagi berhubung dengan kakak-kakak di sana, selalu jugak aku kol diorang, nk borak-borak kosong..

"ada orang kacau kau tak?" tanya kak atiey.
"ada" jawabku dengan pantas.

walaupun sekadar menghantar sms 'Awal Muharram' kemudian sms seolah-olah ingin berkenalan, sudah ku anggap "SMS kacau"

"Hari tu, budak tu (budak baju pink) minta num phone kau, akak bagi num fon kau"
"haaa??? ye ke? bagi balik kaaaakkkkk, org dah DELETE"
"akak tak ada num fon dia"
" ye ke?"

kecewa sangat, tak sangka budak baju pink tue sms aku, tapi kenapa aku bersungguh-sungguh nak number phone dia balik, entah lar =P

"kakngah, ada simpan lagi tak nombor telefon yang kacau tue"
"baru je delete"

frust lagi!!!

online di CC, on ym...

muncul popup "x_parit request friend"
dengan laju nya, aku terus "accept"

kebetulan, farid x-schoolmate baru je add friend kat friendster (zaman friendster dolu-dolu)...
tapi tak dapat nak chat sebab dia offline..

lama jugak budak baju pink tak sms aku pon, aku mula berserah...tak pe lah, aku dah mula suka ke kat dia? cakap pon tak pernah.....perempuan.....depan-depan sombong...

Masa lapang aku akan ke CC tapi selalunya pergi waktu malam, sebab masa tu je free, siang ada kelas...
disebabkan ada satu subjek lagi yang aku tak dapat daftar, lepas kelas, terus aku ke CC untuk register subjek, dah kat CC, on lah segala social media yang ada termasuk lah YM.

x_parit : BUZZ
emyza : BUZZ
x_parit : Hai awak.
emyza : Hai, ini farid mana yer?
x_parit : farrid keje dekat Jabatan K******** Negeri,..
emyza : owh, awak ke? ada bagi sms Awal Muharram hari tue kan?
x_parit : a'ah...
emyza : Sorry, saya dah terdelete number awak..
x_parit : ini nombor saya 012-($*###@$%

conversation tersebut tidak di teruskan lagi kerana terpaksa keluar daripada CC.....aku terus menunggu sekiranya lelaki yang dikenali dengan farrid itu menghantar SMS tetapi tak ada....

hampa........

sehingga lah suatu hari, telefon berbunyi.....

bersambung....................


Thursday, September 22, 2011

FaRRid MieZa PaRt3



Setelah habis latihan praktik di SDO, Seri Negeri, aku terus menyambungkan pengajianku yang hanya tinggal 5bulan/1 semester untuk aku memiliki sijil diploma..

Semasa di Universiti, ketika ini aku baru pulang daripada CyberCafe untuk melayari internet, maklum lah dahulu tidak mempunyai broadband atau wifi, hanya CC lah tempat aku bersosial di alam maya..

tet tet *bunyi SMS menunjukkan ada SMS masuk daripada nombor yang tidak dikenali..

kandungan SMS tersebut hanya sekadar ucapan Awal Muharram memandangkan esok (10/01/08) ialah AwalMuharram, aku dengan ringan jari terus membalas SMS tersebut dengan ucapam 'Salam Maal Hijrah'.

tet tet *sekali lagi SMS masuk ke dalam inbox daripada nombor yang sama.

'dulu awak pratikal dekat SDO kan?'

"hah? siapa ni? mana pulak dia tahu aku praktikal kat SDO" kata hati kecilku.

"Kakngah, cuba tengok ni nombor siapa sebab dia tahu lah kaklang praktikal kat SDO" kataku kepada sahabatku 'Atikah.

"Tak ada lah dalam phone book number tu" jawab 'Atikah.

aku hanya ignore SMS tersebut dan seperti biasa setiap malam, aku akan padam segala SMS dan Call Log dalam handphone, maklumlah dulu kan guna hp 'sabun' tu, capacity nak simpan banyak2 tak boleh. Maka secara rasmi nya, aku dah padam nombor phone dan SMS AwalMuharram tadi.

Keesokan harinya,

Di Pekan Dungun,

"Kaklang, nombor semalam kol kakngah, suara dia macam tak kenal jer, macam bukan orang terengganu"
"Ye ke? biar je lah"

Bersambung..........

Monday, September 19, 2011

FaRRiD MieZa PaRt 2

Kebetulan pulak, masa assembly pagi office kami beratur sebelah-sebelah, aku nie dah lar suka gelak, daripada assembly start sampai habis asyik bergelak tawa je aku dengan tikah...dan daripada mata sisiku, aku ternampak lelaki yang berkemeja pink yang aku nampak di cafe itu asyik memandangku lalu aku memberikan sedebuk muka sombong kepadanya....hahaha bila pandang je dia aku jeling dan buat muka sombong..

Kak Atiey pernah bagitahu aku,...............

Bersambung......

Kak Atiey pernah bagitahu aku, ada budak ofis kewangan nak berkenalan denganku tapi aku ignore...ye lah aku kan sombong, tak layan lelaki tak kenal...dan aku sedikit pon tak nak ambil tahu lelaki mana yang nak berkenalan denganku....masa ni memang jual mahal habis lah...

Pernah sekali, kami terserempak dengan lelaki berkemeja pink bersama kawan-kawan dia, mungkin baru balik daripada cafe...uish, asik terserempak je lah...

"Yang paling tinggi tu lah yang nak kenal dengan kau..dia sorang je single, yang lain dah tunang..dia lah yang kerja kat Kewangan." Kata Kak Atiey kepadaku

Sekali lagi, aku ignore jer! just pandang jer...tak senyum tak masam..Rupa-rupanya lelaki kemeja pink tue yang nak berkenalan dengan aku...oh tidak! lelaki pakai pink, funny sangat! sebab at the time, aku memang tak suka colour pink, sebab macam gurly sangat...hahaha

Tapi lama kelamaan, dah tak jumpa/serempak sangat dengan lelaki kemeja pink tu..masa ni aku pulak tercari-cari lelaki kemeja pink tu. Paling obvious aku cari masa Seri Negeri buat open house hari raya...Kebetulan booth office aku depan dengan office dia, ternampak dia bagi-bagi kan cendol..tapi tak pakai baju pink dah, hehe

Masa ni aku tak lah suka pon kat dia, saja cari, dah lama tak nampak kan...kot dah tak keje situ ke...hehe sampai lah bulan 11/2007, aku dah habis praktikal..Kami tak pernah pon bertegur..pandang dari jauh jer..apalagi nak bertukar nombor telefon...

"Mana budak tu kak atiey?" Tanya lelaki kemeja pink.
"Dia dah habis dah, dia praktikal sini" Jawab kak atiey.
"Lah ye ke? Ingat dia keje kat sini" Jawapan lelaki kemeja pink yang penuh dengan kekecewaan,

Bersambung..........

Monday, August 1, 2011

FaRRiD MieZa PaRt 1

dah masuk bulan ogos kan..sedar tak sedar dah 4tahun saya kenal dengan Ahmad Farrid... bila dah masuk bulan ogos 2011, saya ingat nak flashback lah kisah saya pada tahun 2007.. (masa nie saya praktikal diploma kat Seri Negeri)

Lunch hour!! yeaayy!!

Aku bersama kak atiey, kak ezan dan tikah memilih cafe untuk memenuhkan perut yang sudah berbunyi daripada pagi...sesampai ke cafe, aku ternampak kelibat seorang lelaki tinggi yang memakai kemeja berwarna "pink".

"tengok lelaki tue, kelakar kan lelaki pakai baju warna pink" kataku kepada sahabatku tikah

tanpa mempedulikan lelaki berkemeja "pink" tersebut, aku terus memilih lauk untuk di letakkan bersama-sama dengan nasi untuk dijadikan santapan tengahari.

manakala keadaan di meja makan lelaki tersebut dipenuhi dengan rakan lelaki dan timbul lah satu ayat daripada mulut lelaki berkemeja pink yang dikenali sebagai Farrid...

"aish, cantik lah dia tue" sambil memuncungkan mulut untuk tunjuk diriku kepada kawan-kawannya...

"sesuai lah dengan kau, dia tinggi" tersenyum hati kecil Farrid apabila mendapat sokongan daripada kawan-kawan. ~yang bab farrid ni dia cerita balik kat aku~

Sekali lagi, aku ternampak kelibat lelaki berkemeja pink tadi bercakap dengan kak atiey..aku hanya mengabaikan, mungkin mereka kenal sesama mereka.

Kebetulan pulak, masa assembly pagi office kami beratur sebelah-sebelah, aku nie dah lar suka gelak, daripada assembly start sampai habis asyik bergelak tawa je aku dengan tikah...dan daripada mata sisiku, aku ternampak lelaki yang berkemeja pink yang aku nampak di cafe itu asyik memandangku lalu aku memberikan sedebuk muka sombong kepadanya....hahaha bila pandang je dia aku jeling dan buat muka sombong..

Kak Atiey pernah bagitahu aku,...............

Bersambung......